Ciri-ciri Stesen Stesen_MRT_Sungai_Jernih

Lokasi

Stesen ini terletak di atas Jalan Cheras di Kajang, Selangor. Stesen ini terletak berhampiran Persimpangan Saujana Impian Lebuhraya Grand Saga. Juga terletak berhampiran stesen adalah Depoh MRT Kajang, Hospital Pakar KPJ Kajang, Kompleks Ostia Kajang, Tesco Extra Kajang dan Taman Sri Kantan.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Stadium Kajang)
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Bukit Dukung)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[2] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 549 petak parkir kereta dan 294 petak parkir motosikal.[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T456 berkhidmat di stesen ini dan bas RapidKL laluan 450 berkhidmat di hentias bas Kpj Kajang berdekatan.